Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, September 28, 2016

Pichi Pichi..Kamoteng Kahoy( Filipino Tapioca Dessert )

 Assalamualaikum w.b.t 
'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), semoga kita sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
kue ni pun buat bln 4 lgik! lamanya duk peram pichi-pichi pinoy ni, tukang masak ni memang suka kue ubi kayu kukus gni..kue ni sama je mcm talam lapis ubi kayu yg kat sini, cuma pichi pichi ni lgi mudah sebab 1 warna je..xpyah nk melapis, kat asian store pon ada jual kue ni..tpi maz xpernah beli, yg bleh terbuat kue ni sbb tgk kat kedai tu la..kat sini pon ada yg buat sblum ni, sni ubi kayu ada jual kat mana2, dtg dri india dan sri langka..rupenya org india pon kuat jgk mkn ubi kayu ni, org india kat sni memang ramai dan majoritinya muslim dari Kerala..bkn mamak, tpi memang asal usul mereka dh islam..ok la InysaaAllah semoga jumpa lagi, nk bersiap pergi care4 beli grocery, maaf atas khilaf yg ada..

PICHI PICHI (KAMOTENG KAHOY) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g ubu kayu (timbang yg dah dikupas kulit) - dipotong kecil dan buang uratnya
  • 1/2 cawan air - untuk kisar ubi
  • 50ml santan cair
  • 100g gula
  • secubit garam
  • sedikit pewarna hijau @ warna pilihan
  • kelapa parut secukupnya+garam sikit
Cara

1. Kisar ubi kayu dengan air, kisar tu jangan terlalu lumat sangat, biar kasar-kasar sikit macam pasir halus gituw.
2. Tuang dalam penapis biar air sejat sikit, tak perlu tekan letak gitu je sekejap.
3. Satukan semua bahan lain kecuali kelapa parut dan kacau sebati.
4. Tuang dalam bekas yang disapu dengan sedikit minyak dan kukus selama 20-25 minit (balut tutup pengukus dengan tuala/kain).
5. Keluarkan dari pengukus dan sejukkan betul-betul baru dipotong dan golek dalam kelapa parut.

nk buat pun mudah sangat..kisar je dlm blander, pastu kukus..xpyah nk parut2, kuih berasakan ubi kayu ni memang sedap kan! klu ubi kayu rebus cicah kelapa pon bleh hbis 3-4 ketoi.. 

Monday, September 26, 2016

Dalca Ayam

Assalamualaikum w.b.t
'SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, AllahuAkbar 33x, La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa `ala kul'li shai’in qadir 1x', zikir selepas solat fardhu sunnah Rasulullah saw. (Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang membacanya selepas solat fardu, akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih dilautan - Hadith Muslim), sama2 kita amalkan, semoga Allah SWT accept our good deeds, forgive our sins, our parents and bless us with His mercy, Ameen.
sekali sekala masak dalca, tpi klu kari ayam atau org klate panggil gulai ayam nasi berlauk tu kerap jgk duk buat, selalunya klu org buat dalca mesti ada pasangannya nasi deh! maz pun masak dalca ayam ni utk digandingkan dgn nasi tomato, klu nasi jenis berperisa tu bleh kata duk buat selalu jgk sbb anak suka mkn nasi jenis gitu..utk sayur bleh guna sayur lain jgk, tu pon main buh je apa yg ada dlm esbox, dalca ni masak mcm masak kari biasa je..cuma masuk serbuk ketumbar sbb suka sangat bau wangi ketumbar tu, kari pun lgi sedap! resipi kat bawah ni kecik je, memang buat sikit sbb ada lauk lain jgk..klu nak masak bnyk gandakan bahan, terima kasih sekli lagi pada yg sudi singgah dapur kecik ni..semoga segala cacat cela yg ada dpt dimaafkan dan InysaaAllah jumpa lagi..

DALCA AYAM by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2kg ayam - potong sederhana kecik
  • 1 cawan santan
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 tangkai daun kari - option
  • 2 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 kayu manis, 3 biji buah pelaga, 2 bunga lawang, 3 bunga cengkih (rempah 4 sekawan)
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 inci nisan kelantan/gula melaka
  • sayuran - maz guna terung, kacang panjang, zuchinni, lobak merah, bunga kobis, cili hijau, ubi kentang
  • garam, gula dan aji jika suka
  • minyak untuk menumis secukupnya
Cara

1. Cuci ayam dan toskan.
2. Tumbuk lumat semua bahan bertanda *.
3. Panaskan minyak untuk menumis, masukkan rempah 4 sekawan, daun kari dan bahan tumbuk, tumis biar bawang masak, masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak sambil dikacau selalu.
4. Masukkan serbuk ketumbar, tumis lagi dan masukkan 2-3 sudu besar air, tumis seketika lagi dan masukkan air sikit lagi.
5. Masukkan ayam, sebatikan dan masak biar ayam mesra dengan bahan rempah dan keluar airnya, tutup periuk biar berwap dan kacau sekali sekala.
6. Masukkan air (dalam 2 cawan ke), asam gelugur, nisan dan masak biar mendidih lama sikit biar bahan rempah masak sempurna (masa ni orang kelantan panggil mati awah, masak dalam 8-10 minit), masukkan ubi kentang, lobak merah, zuchinni, terung, cili hijau, sedikit garam, gula dan masak biar sayur sedikit lembut.
7. Masukkan santan dan perasa secukup rasa, masak seketika lagi biar santan mendidih dan masukkan baki sayur (jenis cepat lembut masuk kemudian), biar sekejap kemudian padamkan api.

santan tu saja buh sikit sebab tak suka kuah pekat sangat, terpulang pada citarasa la ye..bleh guna santan semua kalau suka lemak, pasangannya nasi tomato tu entah bila la plak turnnya..mungkin lambat la skit update sbb bru kluar nasi ayam tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...