Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, January 15, 2015

Pavlova..Buat Untuk Kak Long

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'...pavlova sjenis dessert yg berasal dri new zealand dan australia yg mana bahan utamanya putih telur dan gula...dihidang bersama whip cream dan buahan segar yg ckup serasi...wpun teksturenya mcm retak seribu...tpi pavlova ni tetap menjadi pujaan ramai...bila msuk mulut tu rsa mcm xleh stop...dlu maz xminat jgk pavlova ni tpi yg ni bleh mkn dan xckup dgn 1 ptong...xmanis...sbnarnya dah bertahun xbuat pavlova ni...xtrlintas pun nk buatnya...tpi ni sbb kak long jgk yg minta...dri dlu dia memang hantu dgn pavlova...Alhamdulillah hasilnya amat memuaskan...rspi ni dri cooking show fatafeat channel...Inysaa Allah semoga jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

lapisan luar ckup rapuh tapi dlmnya lembut...memang xckup dgn sepotong ni...klu kak long tgk ni mesti dia nak plak...smga anak mummy sentiasa dlm lindunganNya...Alhamdulillah exam 1st semester baru ni kak long dpt 3.73...smga kak long terus berusaha dan mendapat kejayaan didunia dan akhirat...ni la pestime brpisah dgn nya sbb kak long bljar kat msia...msa memula dtg dlu kak long skolah kat sni sblum pindah blik sna...

Bahan-bahan
  • 2 biji putih telur gred A - suhu bilik 
  • 115g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil jus lemon
  • buahan segar secukupnya - strawberi/blueberi/kiwi manis (gold)
Cara

1. Panaskan oven suhu 130 C dan sediakan loyang yang telah dialas baking paper.
2. Dalam mangkuk yang kering putar putih telur    hingga berbuih,  masukkan jus lemon dan putar hingga jadi berkrim, kemudian baru masukkan gula sikit-sikit sebanyak 4-5x masuk sambil diputar biar gula larut dulu selepas setiap kali masuk. Putar hingga jadi bertanduk, maksudnya bila kita angkat mata mixer tu telur tak jauh. Boleh berdiri macam tanduk gitu, harap boleh paham la deh ayat ni.
3. Tuang atas loyang dan ratakan buat bentuk bulat biar tinggi sikit saiz lebih kurang sebesar piring, sebab nanti dia akan mengembang sikit.
4. Bakar dalam oven selama 35-40 minit atau bergantung pada jenis oven juga. Bila dan masak buka sikit pintu oven dan biarkan sejuk dalam oven dulu selama 10 minit. Kemudian keluarkan dan sejukkan sepenuhnya.

Nota ilhamdapur : Pastikan telur yang digunakan suhu bilik, tidak ada sedikit pun termasuk kuning telur, telur baru, maksudnya bukan telur yang dah berminggu duk kat suhu bilik. Pastikan mangkuk serta mixer yang digunakan benar-benar kering dari kesan minyak dan air. Mixer juga mempengaruhi hasil pavlova, stand mixer lebih dicadangkan kerana masa yang diambil untuk putar telur dengan sempurna tidak lama berbanding hand mixer yang boleh menyebabkan banyak udara terkumpul, tapi ni maz guna handmixer je. Oven pun memberi kesan pada pavlova yang dihasilkan dari segi warna dan teksurnya dengan masa yang dicadangkan. Jadi kena tahu suaikan oven masing-masing, ni maz guna built in oven. 

Lapisan Krim
  • 100ml whipping cream UHT
  • 2 sudu besar gula kastor
  • secubit garam
  • 1/2 sudu kecil jus lemon
Cara : Putar semua bahan hingga kental, kemudian ratakan atas pavlova yang telah sejuk dan tabur buahan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.

pavlova ni buat bulan lepas msa kak long ada...suatu ptg tu maz ada la bli strberi dan bluberi sbb tgh ofer...sja beli xde plan nk buat apa pun...pastu kak long ckp mummy buat pavlova...mlm tu jgk la buat...pastu mlm esk buat lgi...mlm lusa pun buat lgi...jdi dah 3x la buat pavlova ni utk kak long...rmah ni gtu la klu yg dpt smbutan tu mesti kena ulang dlu hri2...tpi yg kli ke 2 tu maz cba rspi lain plak...hsilnya memuaskan jgk...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...