Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, February 21, 2016

Gulai Padang Sea Bream

Assalamualaikum w.b.t.
'SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, AllahuAkbar 33x, La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa `ala kul'li shai’in qadir 1x', zikir selepas solat fardhu (Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang membacanya selepas solat fardu, akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih dilautan - Hadith Muslim), sama2 kita amalkan, semoga Allah SWT accept our good deeds, forgive our sins, our parents and bless us with His mercy, Ameen.
sekli lagi cuba masak ala tanah seberang, tapi xthu la betul ke resipi dri Minang ni..maz main buat ikut naluri je, lebih kurang dgn gulai yg kat sini..cuma yg ni maz tumis dan ada tambah serbuk ketumbar sikit, tapi sedap la gulai ikan ni..membangkitkan selera betul! dgn aroma bahan yg ditumis, daun limau dan serai ckup menggoda selera..bleh jgk guna ikan bawal, ikan yg maz guna ni sesuai sangat dgn masak gulai ni..isinya lembut, memang sedap! memula tu nk buat masak kicap atau sweet sour je, tpi selalu sangat dh duk masak gitu..tu yg buat gulai ni, kena sungguh dgn selera kami..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

ikan sea bream yg maz gulai tu, beli kat hypermarket..bleh tahan jgk harga ikan ni, 1st time beli dan rasa sea bream..isinya lembut sangat! nama melayu xthu la plak sbb kat msia dulu xde duk beli ikan sangat..

GULAI PADANG SEA BREAM by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan sea bream (nama melayu maz tak tahu) @ ikan bawal
  • 2 cawan santan
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 biji cili merah *
  • 2 biji cili padi merah @ lebih jika suka pedas *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 2 hiris halia *
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1/2 biji timun, buang biji - potong panjang
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 2 biji cili padi hijau - potong serong
  • 1/2 biji tomato
  • garam, gula dan sedikit aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Cuci ikan, toskan.
2. Kisar lumat semua bahan bertanda *.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar bersama serai biar naik bau, kemudian masukkan serbuk ketumbar, tumis sekejap.
4. Masukkan santan, timun, garam, gula dan masak biar mendidih sambil dikacau sekali sekala.
5. Masukkan daun limau, cili dan ikan, masak biar mendidih lama sikit, suaikan secukup rasa dan akhir sekali masukkan tomato.

bahaya la masak lauk gini, asik terbabas je senduk dlm periuk tu! ptut 1 senduk je, jdi 2! suami pun suka gulai ikan ni..lauk 2 minggu sudah, ank2 pun dh nk mkn ikan, klu xde idea nk masak atau ingin bertukar selera..bleh try gulai ikan padang yg beraroma ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...