Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, February 16, 2016

Hokkaido Chiffon Cupcakes

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma inni as'aluka ‘ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan' (Ya Allah aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima), sama2 kita amal baca 7x sebaik bagi salam selepas solat subuh, semoga Allah guid us to what's best and keep us steadfast on His straight path, Ameen.
baru sampai masa nk cuba kek yg pemes ni, org lain ada yg dh ulang buat..1st time rasa terus jatuh cintan dgn kesedapannya! teksturnya cukup lembut, memang sedap la dinikmati bersama kastard krim..kek ni pun kena peram jgk dulu, dapur xde ISO ni gitu la deh! ada jgk masuk jenguk kat dapur sifu2 yg dh buat kek ni..tpi maz pilih resipi ni sebab mudah penyediannya, biasa la tukang masak ni duk cari yg senang2 je! cuma maz guna allpurpose flour je dan ayak 3x..pastu utk filling maz guna cara sendiri buat kastard cream mcm creampuff sblum ni, terima kasih pada penyumbang resipi..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

sebenarnya dh ulang buat 3x, memula buat 1/2 resipi je..ye la nk try dulu kan! pastu buat plak 1 resipi penuh untuk mkn sdrik dan suami bagi pada kwn ofis sikit..

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES by http://ilhamdapur.blogspot.com
Sumber Resipi : awayofmind
Bahan A
  • 60g minyak sayur - maz guna sunflower
  • 80g susu segar
  • 100g tepung top - maz guna allpurpose flour, ayak 3x
  • 5 biji kuning telur
  • 1/2 sudu kecil vanilla
  • 1/8 sudu kecil garam - maz tambah
Bahan B
  • 5 biji putih telur
  • 90g gula kastor

Kastard Cream by http://ilhamdapur.blogspot.com 
  • 100ml whipping cream Non Diary - putar hingga kental
  • 100ml susu segar 
  • 2 1/2 sudu besar tepung kastard 
  • 2 sudu besar gula kastor 
  • sedikit vanilla
  • secubit garam
Cara

1. Sediakan kastard dulu, satukan semua bahan kecuali whipping cream, masak dengan api perlahan sambil dikacau biar sedikit pekat, kemudian padamkan api dan terus kacau hingga berkilat, sejukkan sepenuhnya (masa tengah sejukkan, sekali sekala tu kacau agar tidak berkerak).
2. Bila dah sejuk, masukkan 3-4 sudu besar whipping cream, sebatikan biar berkrim (maz tak sukat pun whip cream tu, main masuk je, suaikan la ye).
3. Untuk kek, satukan minyak dan susu segar, masak secara double boiler sambil dikacau biar sebati/bercampur, padamkan api dan terus kacau, (untuk proses ni, maz masuk dalam microwave je dalam 1 minit).
4. Masukkan kuning telur 1 persatu, sebatikan dan masukkan vanilla, kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama garam, maz ayak 3x dan kacau biar sebati, kalau guna tepung kek tak perlu ayak.
5. Dalam mangkuk bersih yang kering, putar putih telur hingga dengan kelajuan tinggi biar berbuih dan kembang, kemudian masukkan gula sikit-sikit sambil terus diputar hingga kental atau bertanduk (bila angkat mata mixer tu, telur tak jatuh).
6. Ambil 1/3 dari putih telur, sebatikkan dalam adunan no 4 dengan saptula, kemudian masukkan bakinya dan sebatikan dalam 3x.
7. Masukkan 3/4 adunan dalam cawan kertas, bakar selama 25-30 minit dalam oven yang telah dipanaskan dulu 10 minit dengan suhu 140-150 C atau sedikit perang (kek ni jangan guna suhu tinggi, jadi kena suaikan oven masing-masing).
8. Bila dah masak, hentak loyang kek 2-3x (pegang loyang dalam sejengkal tinggi dari permukaan, kemudian lepaskan, tujuannya tak nak bagi kek mengecut).
9. Setelah kek sejuk, guna hujung mata pisau buat bentuk + dan isi krim (kastard krim tu masukkan dalam paiping bag, guna nozel bulat).
10. Paip baki whipping cream atau boleh guna kastard untuk tutup lubang, letak strawberi atau boleh hias ikut citarasa dan ayak gula aising.

masuk je la skli kat sni, kang duk peram lelama xthu bila plak turnnya nk buat n3..kek sblum di make up..yg ni buat 1/2 resipi je, bagi pada Shaikh yg mengajar tajwid..

klu sapa yg blum try lagi, maz rekmen buat kek ni..Inysaa Allah mudah je, rasanya menawan kalbu..tgk yg ni terasa mcm nk buat lgi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...