Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, May 22, 2016

Bingka Roti Cheese & Strawberi..Resipi Bersama SAJI Mei

Assalamualaikum w.b.t 
'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), semoga Allah swt forgive and show us what the best , Ameen.
plannya nk update siang tdi, tpi mood xberapa nk ada..1 lgi hasil berexperimen dgn roti, tpi ni pun buat bln 3 lgi..sbb kluar dalam majalah SAJI jdi tu yg xupdate dulu, bingka roti yg sedap..rsa dan teksturnya seakan cheese kek sikit, rspi lebih kurang mcm bingka roti ni..cuma yg ni buat saiz individu kecik2, masuk cream cheese dan asing putih dan kuning telur, pastu bakar cara steambath..selain jam strawberi bleh jgk guna jam perisa lain atau boleh buat plain..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

BINGKA ROTI CHEESE & STRAWBERI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Bahan A
  • 2 sudu besar cream cheese 
  • 1 sudu kecil mentega
  • 50ml susu segar
Bahan B
  • 3 putih telur A
  • 1/2 cawan gula kastor
Bahan C
  • 250ml susu segar 
  • 3 kuning telur gred A
  • 150g roti - timbang amik yang putih saja
  • 1 sudu kecil vanilla
  • secubit garam
  • sedikit jam strawberi dari peti
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C, sediakan acuan yang disapu sedikit dan air panas mendidih.
2. Satukan bahan A, panaskan sekejap biar suam dengan api kecil sekadar sebati atau masukkan dalam microwave sekejap.
3. Dalam mangkuk yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih halus, masukkan gula sikit-sikit sambil terus putar hingga kental atau bila tuang bekas tu telur tak jatuh, ketepikan.
4. Untuk C, sebatikan susu segar, kuning telur, garam dan vanila, masukkan roti dan biar roti lembik sikit, masukkan bahan A, kisar bersama biar hancur macam pasir halus gitu, tapi bukan sampai berkrim.
5. Masukkan bahan bahan no 3 (B) dan kacau sebati, tuang separuh dulu dalam acuan, letak jam sikit kemudian isi sikit lagi biar 3/4 dari acuan, bakar secara steambath (acuan bingka dalam loyang ada air panas) selama 1 jam 15 minit atau bergantung pada saiz bingka, sejukkan sepenuhnya.
7. Boleh la hias dengan whip cream atau tabur parutan cheddar cheese.

rupenya mcm2 bleh buat dgn roti ni deh, bingka ni nk buat pun xde susah mana..bleh hidang sbgai kue atau dessert, maz buat ni skit sngat, ye la 1st try tkut xjdi kan..Alhamdulillah hasilnya amat memuaskan, jdi klu nk buat bnyak gandakan sukatan tu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...