Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, August 4, 2016

Asam Pedas Berempah Ikan Terubuk

Assalamualaikum w.b.t.
(Astaghfirullah 3x, Allahumma antas salam wa minkas salam tabrakta ya zal jala'li wal ikram), sama2 kita amal zikir ni selepas solat fardhu, sunnah Rasulullah saw (sahih Muslim), semoga Allah swt bless us all and guide us to the right path, Ameen.
sni masih awal pgi, baru pukul 8 lebih..apa khbar, semoga kita semua sentiasa dlm rahmatNya..menu 1st dri dapur rumah bru, bkn yg 1st masak ye sbb dri wken lepas lgi dh start duk sni..dh msak mcm2 la jgk dlm 4-5 hri ni, cuma xupdated je..bgi laluan kat gambar lelama dri folder dlu, ni kira lauk yg masih panas lgi la..yesss! dpt jgk n3 terus lauk ni sblum kena peram berbln2, lama dh jgk xbuat asam pedas tumis ni..klu asam pedas rebus tu ada la jgk, tu pun ada 1 dlm folder yg buat beberapa bln lepas xupdate lgi..klu yg stail rebus tu anak2 mkn jgk kuahnya, yg tumis gni langsung la xjamah..ni lauk pabret en.suami, buat kuah pekat2 gitu deh..sbnarnya maz pernah mkn lama dlu asam pedas gini kat medan selera setapak, restoran apa dh namanya xingat..memang trademark kedai tu asam pedas ikan terubuk, kuahnya terasa berempah dgn serbuk jintan manis dan ketumbar..sblum ni pun dh ada asam pedas masuk rempah ni kat sini, cuma ni tmbah bahan lain skit..suka plak menumis msuk rempah serbuk mcm masakan india tu, memang sedap layan dgn nasi panas..xde lauk lain pun tkpe deh, puas hati la suami dpt lauk kesukaannya ni tghri smlm..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

ASAM PEDAS BEREMPAH IKAN TERUBUK by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan terubuk saiz sederhana 
  • 1/4 sudu kecil biji halba campur
  • 1/2 labu bawang besar bombay *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 3cm kunyit hidup *
  • 1/3 cawan cili kisar - rebus cili kering, kisar lumat
  • 1 batang serai
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecils erbuk jintan putih (cumin)
  • 1 sudu besar air belacan
  • sedikit air asam jawa/guna asam keping
  • daun kesum
  • bunga kantan
  • nenas
  • kacang bendi
  • garam, gula dan sedikit aji jika suka
  • minyak untuk menumis secukupnya
Cara

1. Kisar lumat semua bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan halba campur, bahan kisar dan tumis hingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan serai, tumis hingga pecah minyak dan cili masak.
4. Masukkan rempah serbuk, tumis sekejap kemudian masukkan air belacan dan air asam jawa.
5. Masukkan air secukupnya, bunga kantan, nenas dan masak hingga mendidih.
6. Masukkan ikan, daun kesum dan perasa secukup rasa.
7. Akhir sekali masukkan kacang bendi dan biar layu saja kemudian padamkan api.

lauk ni saja maz masak awal2 pgi lgi..biar rasanya sebati gitu, lagi sedap bila nk mkn..ikan terubuk ni kekadang ada jgk kat pasar, cuma jenis kecik je dan dipanggil ikan elsa..tpi susah la nk jumpa, kbetulan 2 hri lepas pergi hypermarket beli barang dpur..tgk ada terubuk, beli la sekor..sblum ni klu beli bakar cicah air asam je, suami la suka sangat mkn ikan terubuk ni..maz xminat sngat, tulang bnykk..org arab xmkn ikan ni, maz tnya pekerja india tu dia kata goreng sedap..

1 comment:

  1. kak, kalau tak dapat cari ikan terubuk, apa lain jenis ikan boleh guna??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...