Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, August 9, 2016

Bamia (Arabic Okra Beef Stew)

Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma innaka afuwwun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yang Rasulullah saw ajar pada Aisyah ra jika bertemu malam Lailatulqadar..sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah SWT forgive us, our parents and accept our doa, Ameen.
biasa jgk duk mkn bamia ni klu msuk restoran arab..bru tergerak hati nk cuba buat, tpi ni pun kejadian bebrapa bln yg sudah, maz cuba buat berdasarkan pada rsa bamia yg duk mkn kat sni..bamia ni kira kari arab la..stew daging bersama kacang bendi atau arab panggil okra, kat sni utk masak bamia ni ada bendi khas yg jenis kecik tu..cute molek je saiznya sebesar ibu jari mcm dlm gmbar tu, masakan arab ni bnyk sngat guna tomato sebagai rencah, kira menu berkhsiat la jgk ni..bleh mkn bersama khubus, roti arab tu atau dgn nasi putih..rsanya antara kari dan asam pedas gitu sikit, sedapp! InysaaAllah semoga jumpa lagi dan maaf kekurangan yg ada..

BAMIA (ARABIC OKRA BEEF STEW) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g daging lembut @ sirloin 
  • 1 labu bawang besar bombay - cincang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 helai daun bay
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1 sudu besar pes tomato
  • 2 biji tomato - cincang
  • bendi kecil secukupnya
  • sedikit minyak zaitun @ minyak sayur untuk menumis
  • garam/kiub pati daging dan gula secukup rasa
Cara

1. Daging potong kiub saiz kecil.
2. Panaskan minyak untuk menumis, masukkan bawang besar dan masak biar layu sikit kemudian masukkan bawang putih, daun bay dan tumis sekejap lagi.
3. Masukk rempah serbuk, tumis sekejap kemudian masukkan tomato dan masak biar lembut sikit.
4. Masukkan pes tomato dan daging, sebatikan dan masak biar daging bertukar warna dan mesra dengan bahan rencah.
5. Tutup periuk dan masak 4-5 minit sambil dikacau sekali sekala.
6. Masukkan air secukupnya (jangan banyak sangat, sebab bamia ni kuahnya pekat sikit), garam atau kiub pati dan gula secukup rasa.
7. Masak hingga daging lembut dan kuah pekat sikit, kemudian masukkan okra atau kacang bendi dan masak seketika lagi biar sayur lembut sikit.

Nota ilhamdapur : boleh juga masak dalam periuk tekanan, masak hingga daging lembut dulu kemudian buka tutup periuk baru masukkan kacang bendi dan masak seketika lagi hingga bendi lembut.

nak buat pun mudah sangat, semua main lebur je..xde masuk santan apa, rsanya pun bleh tahan sedap!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...