Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, August 9, 2016

Puding Sagu

 Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma inni as'aluka ‘ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan' (Ya Allah aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima), Sunnah RAsulullah saw..sama2 kita amal baca sebaik bagi salam selepas solat subuh, semoga Allah swt guid us to what's best and keep us steadfast on His straight path, Ameen.
bertemu skli lgi dipagi yg indah..skrang ni subuh sekitar pukul 3.30, pukul 5 tu matahari dh tinggi..suka plak area rmah baru ni, wpun kwsan bandar..tpi tenang dan xsibuk sbb residential area, rumah org arab ni vila sbijik2 punya la besarnya! maz duk apartment je, ok la meh layan puding sagu yg terlajak sedapp ni! sbnarnya dh dkat 10x rsanya duk buat sagu ni sbb suami dgn abangngah suka sangat, dlm puasa hritu pun rsanya 3x jgk ulang buat puding sagu ni..tpi skli buat tu sikit je la, cuma yg duk buat sblum2 ni xsnap gmbar..ni kejadian ptg smlm plak, tepek la dlu sblum kena peram..ilham dri che thai ni, cuma puding ni pure sagu dan santannya pekat gitu, bru kena dgn sagu tu deh..klu xde idea utk kue ptg nti bleh la kacau try buat puding sagou ni..semoga jumpa lagi, InysaaAllah dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

PUDING SAGU by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2 cawan biji sagu
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • pewarna merah
Santan
  • 2 cawan santan 
  • 2 1/2 sudu besar tepung beras
  • 1/3 cawan gula
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan
Cara
1. Didihkan air bersama daun pandan dan pewarna merah, masukkan sagu dan masak sambil dikacau sekali sekala hingga sagu bertukar cerah, kemudian tuang dalam bekas atau loyang dan biar sejuk sepenuhnya.
2. Untuk santan, sebatikan semua bahan dan  masak sambil dikacau selalu hingga mendidih dan pekat, padamkan api dan terus kacau biar sejuk sikit.
3. Bila nak hidang, amik sagu dgn sudu masukkan dalam mangkuk atau bekas yang sesuai dan tuang santan secukupnya.

Nota ilhamdapur : maz tunggu air mendidih dulu baru bilas sagu dengan air dan terus masuk dalam periuk.

dessert mudah yg sungguh sedapp! pasti xckup 2 cwn ni skli mkn..lemak dan manis santan dgn sagu lembut ckup serasi, keenakkannya terasa dlm setiap suapan! sukatan kat atas tu kecik je ye, maz memang buat sikit je skli buat..ckup la utk 3 org mkn, afiq xmkn kueh gini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...